Air merupakan satu nikmat dan kurniaan daripada Tuhan. Air memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 60-70% tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup sehingga 70 hari tanpa makan tetapi hanya bertahan sehingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kesihatan. Kita sangat memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan.
PENTINGNYA AIR PADA KITA
Air memainkan peranan penting dalam fungsi-fungsi organ seperti membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, mengawal suhu badan dan memastikan tahap suhu badan dalam keadaan stabil, membantu penyerapan makanan, membantu proses pencernaan dan lain-lain lagi. Air juga membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Selain itu air juga memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.
PENCEMARAN AIR
TETAPI, perlu diingat, air juga boleh mendatangkan penyakit pada tubuh badan kita. Dua puluh tahun yang lalu, pencemaran air berlaku akibat mikroorganisma dan benda asing. Ini termasuklah bahan buangan binatang, hujan asid, racun perosak, bahan kimia, bahan buangan perindustrian, bahan pencuci, bangkai binatang, virus bakteria dan juga racun rumpai. Tetapi pada hari ini, air telah dicemari oleh logam-logam berat, bahan kimia, racun perosak, bahan-bahan radioaktif dan pelbagai bahan buangan perindustrian.
Hanya dengan meminum air yang berkualiti, barulah kita akan dapat memiliki tubuh badan yang kuat dan sihat. Air yang berkualiti mengandungi zat-zat galian yang diperlukan oleh badan, beralkali (pH 7.0-8.5), bebas daripada kuman, bahan kimia atau logam berat yang merbahaya.

Thursday, June 18
AIR SUMBER KEHIDUPAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment